Dah lama nak buat blog khas untuk simpan resepi supaya mudah aku cari untuk buat rujukan masak. Al-maklum aje la..aku ni bukannya pandai sangat masak2 ni..kena refer kat resepi baru bole masak..tu pun kadang2 menjadi kadang2 tak jadi...tapi setakat masak untuk keluarga ok la kan...InsyaAllah..
So resepi pertama yang post dalam blog ni adalah Nasi Daging..ni pun aku ceduk dari internet jugak..ya lah..senang..nak masak apa2 yang tak biasa buat kena la cari kut internet dan aku suka yang simple2 ajer..so resepi nasi daging ni paling simple aku amik..mudah ajer rupanya masak nasi daging ya..
Nasi Daging
Bahan2:
1 kg beras basmathi
1/2 kg daging
1 bungkus rempah sup daging
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
sedikit minyak sapi
3/4 cawan tomato puri
1 cwn susu cair
sedikit garam
Air Asam
1. Bawang besar, tomato potong dadu
2. Cili merah dihiris
3. Air asam pekat, perahan limau kasturi.
4. Sedikit belacan, garam dan gula.
Campurkan semuanya sekali ke dalam mangkuk dan kacau.
Cara Membuatnya:
1.Rebus daging bersama rempah sup bunjut adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
2. Bila daging empuk. ketepikan air rebusan daging untuk masak nasi.
3. Basuhkan beras dan toskan.
4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.
5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
6. Masukkan air rebusan daging.
7. Masukkan tomato puri dan susu cair.Kacau dan biarkan nasi masak.
8. Hidangkan nasi daging dan daging rebus dengan air asam.