Tuesday, January 4, 2011

Sushi



Dah lama teringin nak buat sushi. Setiap kali pergi ke Carefour wajib beli Sushi sebab Aqilah dan Izham suka sangat makan sushi ni. So kali ni disebabkan cuti panjang so duduk depan laptop cari la mana2 resepi buat sushi dan tengok video camne cara buat sushi. Akhirnya bila dah faham pergi pasaraya cari bahan2 untuk buat sushi. Alhamdulillah untuk permulaan ni bole la kan walaipun tak sesedap yang dibeli. Hehehe baru belajar kan..ok jom kita lihat resepi paling simple dan mudah untuk buat sushi.
Bahan2:
1 cawan beras
400 ml air
1 sudu besar cuka
1 sudu teh gula
sedikit garam
1 sudu besar mayonis
1/2 biji timun jepun
2 biji telur - dibuat dadar
2 batang filamen crabstik- dibelah memanjang
2 batang sosej- dibelah memanjang
4 keping nori/sea weed
Cara2:
1. Bersihkan beras kemudian toskan
2. Masukkan beras tadi dalam rice cooker dan campurkan dengan air, cuka, gula dan garam.
3. Bila nasi masak, gaulkan nasi dengan mayonis dan biarkan sejuk.
4. Ratakan sedikit nasi atas nori.
5. Susun timun dan telur dan gulung kemas.
6. Buat pula dengan diisi telur dgn crabstick or sosej sehingga habis.
7. Akhir sekali potong dan hidangkan.

Monday, January 3, 2011

Salad Telur Gulung

Sebenarnya Salad telur gulung di buat ketika menghabiskan cuti tahun..al-maklum lah kan..duduk lama sangat kat rumah mula lah rasa boring dan mesti nak buat sesuatu. kalau hari bekerja masa untuk memasak ni..ehehe..nak kata terhad ke letih ke malas..emmm itu sendiri bole judge la kan...

so jom lihat resepi yang ku amik di internet jugak..

Bahan2:

Telur dadar:
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air
Garam dan lada sulah

Cara2:
Bancuh tepung jagung dengan air. Campurkan dengan telur yang telah dikacau sehingga sebati. Goreng nipis hingga masak.

Inti/salad:
Daun salad
Sosej direbus
Crabstik direbus
Timun jepun
Karot
Capsium
Tomato
Mayonis/Thousand island

Bersihkan semuanya dan potong memanjang. Susun ditengah2 telur dadar dan gulungkan kemas. Potong dan hidang.

Monday, September 27, 2010

Nasi daging


Dah lama nak buat blog khas untuk simpan resepi supaya mudah aku cari untuk buat rujukan masak. Al-maklum aje la..aku ni bukannya pandai sangat masak2 ni..kena refer kat resepi baru bole masak..tu pun kadang2 menjadi kadang2 tak jadi...tapi setakat masak untuk keluarga ok la kan...InsyaAllah..

So resepi pertama yang post dalam blog ni adalah Nasi Daging..ni pun aku ceduk dari internet jugak..ya lah..senang..nak masak apa2 yang tak biasa buat kena la cari kut internet dan aku suka yang simple2 ajer..so resepi nasi daging ni paling simple aku amik..mudah ajer rupanya masak nasi daging ya..

Nasi Daging

Bahan2:

1 kg beras basmathi

1/2 kg daging

1 bungkus rempah sup daging

1 sudu besar rempah kurma

1 inci halia

1 batang kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

sedikit minyak sapi

3/4 cawan tomato puri

1 cwn susu cair

sedikit garam

Air Asam

1. Bawang besar, tomato potong dadu

2. Cili merah dihiris

3. Air asam pekat, perahan limau kasturi.

4. Sedikit belacan, garam dan gula.

Campurkan semuanya sekali ke dalam mangkuk dan kacau.

Cara Membuatnya:

1.Rebus daging bersama rempah sup bunjut adabi, rempah kurma dan sedikit garam.

2. Bila daging empuk. ketepikan air rebusan daging untuk masak nasi.

3. Basuhkan beras dan toskan.

4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.

5. Masukkan beras dan kacau sekejap.

6. Masukkan air rebusan daging.

7. Masukkan tomato puri dan susu cair.Kacau dan biarkan nasi masak.

8. Hidangkan nasi daging dan daging rebus dengan air asam.